July 9, 2008

Pulut Durian

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang)
  • 1 cawan pulut
  • 1 kotak santan
  • 2 cubit garam
  • Gula melaka (saya guna sedikit gula apong dan 1 sudu gula putih)
  • Daun pandan
  • 1 biji durian

Cara-cara
  • Untuk Pulut - kalau nak kukus kena rendam 3 jam atau semalam terlebih dahulu. Saya guna pulut Bario (pulut lembut) jadi saya masak seperti beras biasa dengan air, sedikit santan, secubit garam dan daun pandan.
  • Kacau pulut tu masa dah nak masak untuk memastikan santan benar-benar bercampur, kalau pulut agak kering, boleh tambah sedikit air lagi.
  • Untuk pengat/kuah santan - masukkan sedikit air ke dalam periuk kecil bersama gula, daun pandan dan secubit garam, kalau dah mendidih boleh la masukkan santan.
  • Kalau nak masukkan sedikit durian ke dalam kuah tu pun boleh (saya tidak).
  • To serve - letak pulut dalam pinggan bersama 2-3 ulas durian, siramkan dengan sedikit kuah santan tadi.
Selamat menjamu...sedap...

2 comments:

Nimi Momo said...

letakla gambar kalau boleh. susah nak imagine sedap sik resepi ya mun sekda gambar kuikuiuki

Ezvina said...

I'll upload the pic once i tried the recipe..hehe..tak tau la bila nak cuba :p